Tuesday, 7 June 2011

POKOK TIMUN..makin menjalar dan berbuah

Di kebun aku, pokok timun lak yang mak aku tanam, penat juga hendak tatang anak pokok timun ni sebab siput babi datang makan. Sekarang dah besar pokok timun ni dan dah berbuah..

Biji benih ni mak aku ambil je dari buah timun yang dia beli dari pasar. Tapi ni bukan timun yang biasa orang buat ulam 2 tapi timun yang selalu orang buat masak asam pedas. Ada orang panggil timun tahun atau timun kuning. Aku panggil timun masak aje.

- pokok timun yang merimbun -

Pokok timun mudah tumbuh tapi serangga selalu datang merosakkan pokok dan buah. Kadang-kadang serangga ni makan daun, gigit buah dan yang paling jahat dia makan pucuk..Mak aku sampai tensen dengan serangga yang duk merosakkan pokok dia..

- buah timun yg telah digigit serangga,jahat sungguh -

- buah yang sihat dan masih kecil lagi -

- buah timun dah warna kuning tapi belum boleh petik lagi -

Ini buah timun yang belum betul-betul masak lagi. Kalau untuk buat masak asam pedas, buah timun ini kena masak sampai warna jadi oren kekuningan dan kulit dia merekah. Nanti aku upload buah timun yang dah masak..


xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment

Post a Comment