Tuesday, 31 May 2011

BUAH KERIANG DOT..ala-ala anggur je

Dah lama benar aku xtengok buah keriang ini setelah pokok kat rumah aku ditebang, rasanya dah makan tahun dah. Minggu lepas aku g rumah tok aku, pokok keriang atau orang kedah panggil geyang dot dah masak..nape ada dot,aku pun kurang pasti..

- ini la buah keriang dot -

Kalau di usha betul-betul memang macam aggur tapi bukan anggur. Bentuk dan kaler je sama tapi rasa sangat berbeza. Rasa dia manis-manis kelat tapi 2 pun kalau yang betul-betul masak..Masak dia kaler ungu kehitaman tapi kalau nak yang manis kena kaler dia betul-betul hitam dan buah dia lembut bila pegang..Buah ini boleh dimakan macam 2 saje atau pun cicah dengan garam. Ayah aku slalu makan cicah dengan garam. Reason dia aku pun xtahu maybe lagi sedap kot..

Buah keriang ni ada dua jenis satu bujur besar dan satu bulat kecik. Yang bujur besar 2 ar orang panggil keriang dot dan bulat kecik orang panggil keriang tahi kambing (ini orang kampung aku la yang panggil)..Cara nak ambil buah ni sama ada panjat pokok atau pun goyang @ hinggut bagi luruh...Selalu orang hinggut le sebab pokok dia besar dan tinggi..

- hehehe banyaknya buah keriang dot -


- keriang dot atau geyang dot (loghat kedah) -

Makin lama makin xde dah pokok ini dan orang pun dah makin xkenal pokok ini..agaknya cucu cicit akan datang terus xtahu buah keriang dan xdapat nak tengok dah pokok ni...sedih betul..

xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment

Post a Comment