Wednesday 6 April 2011

CLOWN KNIFE FISH..atau ikan belida

Baru-baru ini, aku telah menambah koleksi ikan peliharaan aku iaitu ikan belida. Dari mana aku dapat?? easy way dengan menjala kat sungai depan rumah aku. Ayah aku yang menjala, harapkan aku mesti xterbuka jala 2 apatah lagi nak dapat ikan. Firstime aku tengok ikan ni, xsangka dalam sungai pun ada macam-macam jenis ikan yang pelik. Aku ingat dalam sungai cuma ada ikan puyu, sepat, haruan, lampam dan belut je rupa-rupanya banyak lagi spesies yang lain.

- inilah ikan belida yang berjaya ayah aku tangkap -

Ikan belida ni bentuk badannya pipih aje bila dia berenang macam bendera tengah berkibar lembut disapa bayu hehe..Kepala dia kecik sangat macam xstabil aje tapi Tuhan maha mengetahui apa yang Dia ciptakan. Apakah makanan ikan belida??aku pun xtahu tapi aku bagi makan anak-anak ikan kecil yang ada dalam sungai dan parit. Aku tengok lalu je dia makan hehe...Bila aku duk usha, ikan ni xbanyak bergerak waktu siang tapi waktu malam ooooh aktif giler..

- tompok pada badan membuat ikan belida ni unik -

Keunikan ikan belida ini adalah tompok pada badan dia. Menurut sumber- sumber yang xberapa sahih, makin banyak tompok semakin menarik ikan ini so semakin mahal untuk dijual. Tapi aku xtahu ar akan kebenarannya...sama-samalah kita menghayati keunikan ikan belida ni dan mempeliharanya agar tidak pupus..


xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment