Tuesday, 5 April 2011

BUAH MATA KUCING..meoww meeooww

Antara buah kegemaran keluarga aku ialah buah mata kucing especially adik aku ar. Semua kaum kerabat yang berkaitan dengan buah mata kucing keluarga aku suka seperti laici dan longan. Pokok mata kucing ni ayah aku yang tanam, aku dah lupa bila pokok ni start berbuah, sedar2 je dah berbuah..

Seronok tengok buah mata kucing sebab lebat bila berbuah. Namun, ada penjahat-penjahat yang datang merosakkan buah ni. Kelawar dan tikus ar suka merosakkan buah ni, jahat betul. Penjahat ni datang serang waktu malam masa orang tido, bangun je waktu pagi penuh bertaburan biji-biji atas tanah. Seronok betul diaorang berpesta. So jalan penyelesaian, terpaksa ar bungkus. Senang je nak bungkus, mak aku renovate langsir yang dah xpakai buat kelambu untuk bungkus buah ni.

- hasil yang terakhir sebelum tumbang -

Manis buah ni hanya tuhan je yang tahu. Sangat manis sampai tangan jadi melekit. Walaupun berbuah lebat tapi sayang sekali isinya xtebal sangat. Manis lebih tapi isi nipis. Rupanya pokok mata kucing ni pun dah banyak jenis. Ayah aku tanam jenis yang manis lebih tapi isi nipis. Kat rumah pak saudara aku isi tebal dan manisnya sedang-sedang aje tapi buahnya besar. Nikmat sangat masa makan buah mata kucing pokok dia. Maklum ar pak saudara aku ni keje kat jabatan pertanian hehehe so boleh ar dapat anak pokok yang bagus.

- belum ranum tapi dah boleh makan -

Namun, selepas ini dah xdapat nak merasa buah mata kucing dari pokok sendiri sebab pokok ini dah tumbang. Ayah aku pn terpaksa tebang sebab pokok ni dah xdapat di selamatkan lagi sebab akar yang kat dahan dah patah. Tamat la riwayat sebatang pokok mata kucing. 

- banyaknya buah -


xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment