Friday, 29 April 2011

IKAN KELI...mati sudah

Ini picture yang terakhir aku snap, pastu abih mati di serang kutu air. Kecian tengok ikan keli 2 sakit, kulit jadi melupas dan berkerutu..Ada semua sembilan ekor sekarang tinggal sekor aje..Emm sedih jugak la sbb dah lama aku bela. Aku memang sayang giler ar kat ikan keli ni. Dah ar ada yang badan tompok hitam dan ada yang kaler putih pink, cantik sangat.

Sebelum ni xpenah kena sakit pape pn..Aku pn xpasti camne boleh kena, sedangkan air sentiasa aku jaga..Maybe dah takdir ikan-ikan aku mati kena sakit. Tapi xpe aku bukan patah semangat pun, aku tukar bela ikan kapi lak hehehe dalam masa 2bulan aje, dah beranak pinak..jadi lagi seronok bela ikan kapi dari ikan keli...Pape pun 2ekor keli putih dan 5ekor keli bunga  dan 1ekor keli biasa sentiasa dalam kenangan..

- ikan keli aku yang dah mati -


xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 27 April 2011

BUNGA RAYA PUTIH...banyak khasiatnya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia yang kalernya merah tapi untuk yang kaler lain-lain seperti oren, kuning, pink and putih ni, aku tak pasti tgolong atau tidak. Bunga raya ada berbagai bentuk, warna dan saiz tapi yang xbest bunga raya tidak berbau..

Kat rumah aku ada bunga raya kaler putih tapi kadang-kadang ada yang tersesat bunganya jadi kaler pink. Aku pun xpasti nape leh jadi macam 2, maybe ada kesilapan masa proses pendebungaan kot.. hehee pandai je aku menafsir...

- inilah bunga raya putih -

 Bunga raya putih ini banyak khasiatnya terutama dalam penjagaan rambut sebab bunga raya putih dapat menghilangkan kelemumur, mengilat atau menghitamkan rambut. Senang aje, ambik daun or bunga ramas-ramas dengan sedikit air dan sapu la tadi di kepala dan akhir sekali bilas dengan air bersih.. Selain itu dapat mengurangkan panas badan. Ini petua orang dulu..marilah kita jadikan amalan sehari tanpa mengunakan bahan kimia kepada kepala kita..

- Bunga raya putih bagus untuk rambut -


xoxo
buntal-buntal

Monday, 25 April 2011

MEMPELAM EPAL..macam buah epal

Sekarang bulan April adalah musim buah mempelam or mangga or loghat utara pelam..Why i say like that?? ini kerana ada banyak buah pelam, klu lalu jalan-jalan di area perlis banyak gerai jual buah pelam. Yang paling popular 'Harum manis' le..Mana saje orang nak cari harum manis..Sebenarnya banyak lagi jenis buah pelam yang ada kat bumi Malaysia ni..

Antaranya pelam sala, pelam cokanan, pelam susu, pelam telur, buah pelam epal dan pelam intan shafinaz (special nama dia, benih dia abang aku ambik dari MADA)..Tapi kali ni aku nak story pasal pelam epal. Rupa bentuk dia serupa macam epal, 2 yang orang gelar dia pelam epal. Ada sepokok ni je yang ada dekat rumah aku, 2 pun pokok jiran aku. Pokok ni dah tua, rasanya masa aku kecik2 pn dah ada pokok ni, masih terpelihara sampai sekarang...

- pokok pelam epal jiran aku -

Buah pelam epal sedap dimakan masa masih kecik. Makan macam 2 saje je xpayah nak cicah pape, sebab buah yang masih kecik and putik xrasa masam dan ranggup. Tapi bila makin tua, jadi masam cikit. Kulit buah pelam epal ni ada cikit2 kaler pink tapi bila masak still kaler kuning. Sedap juga la buah pelam ni masa dah masak. Manis tapi xde ar semanis gula..So marilah kita mempromosikan buah pelam epal ini selain dari mempromosikan harum manis je...

- ada ckt kaler pink2 kt buah pelam epal -


- serupa macam epal kan -

xoxo
buntal-buntal

Friday, 22 April 2011

IKAN TALAPIA...ikan air tawar or air masin

Tidak aku sangka yang ikan talapia ada dalam sungai hehe naifnya aku ni..well u know me!!! bila-bila difikirkan sejenak, ikan talapia ini hidup di air tawar or air masin or dia boleh hidup di kedua-dua jenis air or hidup di air payau (campur air masin and air tawar)..??? Aku pun xpasti akan jawapannya. Tapi ikan talapia yang berjaya ayah aku jala ni datangnya dari sungai so air tawar la tapi kt kolam rumah makcik aku, dia bela dalam air masin emmm confus gak ni...nanti aku cari jawapan yang betul..

Sebenarnya ada 2ekor yang berjaya ayah aku dapat tapi sekor lagi dah sedekah kat tokwa aku..walaupun dalam gambar nampak kecik tapi besar jugak ar cukup untuk 4orang makan. Sedap dibakar dan dituang kuah sambal atasnya..emmm pasti enak..

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan ikan talapia boleh ar calling2 sebab dekat rumah makcik aku banyak ikan talapia ini..siap boleh buat kenduri makan talapia bakar..mana boleh cari menu camni kat rumah kenduri lain....hehehehe

- berjaya mendapatkn ikan talapia -

xoxo
buntal-buntal

Thursday, 21 April 2011

BUNGA LABU...dari jauh boleh nampak

Dari jauh dah boleh nampak bunga labu sebab kalernye kuning terang dan bunganya yang besar. Bila di usha2 cantik jugak bunga labu ni mungkin sebab kalernya yang menarik perhatian. Ini bunga labu yang aku snap dari kebun sayur mak aku. 

Orang kata pokok labu rajin berbunga tapi buah susah nak lekat. Patut ar pokok kat kebun aku penuh dengan bunga je. Dah bape kali bunga tapi buahnya belum menampakkan hasilnya lagi. Buah labu ni ada kat pangkal bunga. Bila bunga layu, buah akan makin membesar tapi sebaliknya lak yang berlaku. Bila bunga layu, buah pun turut layu gak hehehe tensen jugak la tapi aku dengan mak aku sabar menanti kemunculan buah labu...kesabaran itu satu penyiksaan tapi kesabaran itu separuh dari iman..renung2kanlah..

- bunga labu kaler kuning - 


- ada yang masih kucup ada yang dah mekar tapi buahnya belum ada -


xoxo
buntal-buntal

Monday, 18 April 2011

KANGKUNG..air dan darat

Antara pelbagai jenis sayur, kangkung adalah sayur yang paling digemari oleh semua lapisan masyarakat. Boleh dikatakan stiap kedai makan pasti ada hidangan menu sayur kangkung. Menunya seperti kangkung tumis dan kangkung goreng belacan tapi yang paling sedap adalah kangkung goreng belacan...

Kangkung  sangat murah dan mudah didapati di pasar tani dan pasar utama. Kangkung ni ada 2 jenis iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans) dan kangkung air (Ipomoea aquatica). Kangkung air mudah didapati dikawasan berair seperti parit, sungai, kolam dan tali air. Kangkung air tumbuh menjalar dengan daun yang berbentuk bujur. Kangkung air boleh gak dimasak tapi xsesedap kangkung darat. Ayah aku selalu wat ulam aje. Mak aku lak ambik kangkung air ni bagi si ikan kaloi makan hehehe...

- benih kangkung -

Kangkung yang selalu kita jumpa kat pasar adalah kangkung darat yang mana batang tegak ke atas dan daun yang panjang. Selalunya orang tanam kangkung darat berbanding kangkung air. Bagi yang ada tanam terbiar eloklah berkebun tanam sayur kangkung ni dapat menambah pendapatan. Benih kangkung hanya rm8.00 sekilo. Murah aje lagipun sebatas tanah xsampai 100gram benih yang digunakan. Cara nak tanam kangkung ni senang saje, tabur benih ke dalam alur-alur di atas batas secara jarang-jarang. Kemudian siram dua kali sehari. Bagi menambah kesuburan kangkung ni boleh ar diletak baja....

- kangkung yang mula tumbuh -


- rimbunan kangkung - 


- 10kg kangkung siap untuk dijual pada peraih -

Bila kangkung ni dah berumur 4-6 minggu, boleh la menuai hasil. Cara menuai, cabut bersama akar dan basuh dahulu sebelum dijual kepada peraih. Menurut maksu aku, peraih ambik sekilo RM1.50. emmm boleh la dari xdapat pape langsung....marilah kita sama-sama menyuburkan tanah dengan menaman kangkung..


xoxo
buntal-buntal

Thursday, 14 April 2011

NENAS BATU...keras tapi comel

Ini nenas batu atau nenas hiasan yang ditanam untuk hiasan. Rupa dia sama macam nenas biasa (dah nama pun nenas kan) tapi buahnya sangat kecil dan keras. Saiz nenas batu lebih kurang besar telur ayam je tapi selalunya kecil dari telur ayam. Yang membezakan lagi nenas batu dengan nenas biasa ni tangkainya yang panjang dan daun yang tirus dan kecik.

Pokok nenas batu mudah hidup, tanam sepokok tunggu sebulan bercambah ar anak-anak pokok baru. Satu pokok nenas ni hanya ada 1biji buah je. Menurut ayah aku, nenas batu orang guna untuk ubat batu karang. Buah tadi dibasuh kemudian rebus bersama air dan minum ar air rebusan tadi. Insyallah dengan izin Tuhan dapat sembuh..

namanya nenas batu kerana buahnya keras -


- sama cam nenas biasa tapi ni lagi kecil dan comel -


xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 12 April 2011

ASAM JAWA..masam dan manis..

"Tamarindus indica" ataupun asam jawa sejenis buah yang masam namun ada juga yang manis. Kalau di Padang Besar ada banyak gerai yang jual buah asam yang manis. Memang rasanya manis. Buah asam ni kalernya putih kehijauan waktu muda dan bertukar menjadi merah kecoklatan bila dah masak. Buah asam yang diantara muda dan masak adalah time yang paling sedap untuk dimakan bersama garam belacan ataupun makan begitu saja..mak aku panggil asam mengapur..

Biji asam kaler hitam coklat dan sangat keras. Masa zaman aku sekolah rendah selalu aku kutip biji asam bawa pergi sekolah sebagai calculator hehehe..masa baru-baru nak belajar mengira tambah tolak. Habis mengira,biji asam dijadikan peluru untuk main perang2..hahaha lawak betul. Biji asam juga aku guna untuk main congkak bila xde guli. Klasik betul permainan orang dulu2..

- pokok buah asam, besar dan tinggi -

Berbalik kepada asam jawa, proses hendak buat asam jawa ni xsusah mana, buang kulit buang pulur buang biji so dapat la asam jawa. Pokok asam selalunya besar dan tinggi, untuk dapatkan buahnya boleh tunggu buah asam 2 gugur sendiri ataupun goncang bagi jatuh. Selalunya kena goncang ar, baru banyak jatuh lagipun buah asam yang dah masak senang luruh. Merujuk gambar di bawah adalah proses-proses menghasilkan asam jawa. Ni aku dan mak aku buat sendiri tanpa bahan-bahan pengawet hehehe

- buah asam -


- kulit sudah dibuang, begini la rupanya isi buah asam -

- selepas dibuang pulur -


- inilah asam jawa yang siap diproses selepas dibuang biji -


- biji buah asam -

Asam jawa selalu digunakan dalam masakan namun asam jawa ni banyak khasiat dalam perubatan tradisional. Air asam jawa boleh melegakan batuk dan perit tekak. Selain itu air asam jawa dicampur bersama bedak sejuk boleh merawat bisul, kudis dan jerawat. Baru-baru dekat leher aku jadi kayap so aku letak bedak sejuk dengan air asam jawa alhamdulillah kayap aku jadi kering dan lega. Begitu berkhasiat asam jawa, walaupun kita berada di zaman moden namun janganlah kita lupa akan petua2 orang dahulu kala yang amat mujarab dan berkhasiat.


xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 6 April 2011

CLOWN KNIFE FISH..atau ikan belida

Baru-baru ini, aku telah menambah koleksi ikan peliharaan aku iaitu ikan belida. Dari mana aku dapat?? easy way dengan menjala kat sungai depan rumah aku. Ayah aku yang menjala, harapkan aku mesti xterbuka jala 2 apatah lagi nak dapat ikan. Firstime aku tengok ikan ni, xsangka dalam sungai pun ada macam-macam jenis ikan yang pelik. Aku ingat dalam sungai cuma ada ikan puyu, sepat, haruan, lampam dan belut je rupa-rupanya banyak lagi spesies yang lain.

- inilah ikan belida yang berjaya ayah aku tangkap -

Ikan belida ni bentuk badannya pipih aje bila dia berenang macam bendera tengah berkibar lembut disapa bayu hehe..Kepala dia kecik sangat macam xstabil aje tapi Tuhan maha mengetahui apa yang Dia ciptakan. Apakah makanan ikan belida??aku pun xtahu tapi aku bagi makan anak-anak ikan kecil yang ada dalam sungai dan parit. Aku tengok lalu je dia makan hehe...Bila aku duk usha, ikan ni xbanyak bergerak waktu siang tapi waktu malam ooooh aktif giler..

- tompok pada badan membuat ikan belida ni unik -

Keunikan ikan belida ini adalah tompok pada badan dia. Menurut sumber- sumber yang xberapa sahih, makin banyak tompok semakin menarik ikan ini so semakin mahal untuk dijual. Tapi aku xtahu ar akan kebenarannya...sama-samalah kita menghayati keunikan ikan belida ni dan mempeliharanya agar tidak pupus..


xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 5 April 2011

BUAH MATA KUCING..meoww meeooww

Antara buah kegemaran keluarga aku ialah buah mata kucing especially adik aku ar. Semua kaum kerabat yang berkaitan dengan buah mata kucing keluarga aku suka seperti laici dan longan. Pokok mata kucing ni ayah aku yang tanam, aku dah lupa bila pokok ni start berbuah, sedar2 je dah berbuah..

Seronok tengok buah mata kucing sebab lebat bila berbuah. Namun, ada penjahat-penjahat yang datang merosakkan buah ni. Kelawar dan tikus ar suka merosakkan buah ni, jahat betul. Penjahat ni datang serang waktu malam masa orang tido, bangun je waktu pagi penuh bertaburan biji-biji atas tanah. Seronok betul diaorang berpesta. So jalan penyelesaian, terpaksa ar bungkus. Senang je nak bungkus, mak aku renovate langsir yang dah xpakai buat kelambu untuk bungkus buah ni.

- hasil yang terakhir sebelum tumbang -

Manis buah ni hanya tuhan je yang tahu. Sangat manis sampai tangan jadi melekit. Walaupun berbuah lebat tapi sayang sekali isinya xtebal sangat. Manis lebih tapi isi nipis. Rupanya pokok mata kucing ni pun dah banyak jenis. Ayah aku tanam jenis yang manis lebih tapi isi nipis. Kat rumah pak saudara aku isi tebal dan manisnya sedang-sedang aje tapi buahnya besar. Nikmat sangat masa makan buah mata kucing pokok dia. Maklum ar pak saudara aku ni keje kat jabatan pertanian hehehe so boleh ar dapat anak pokok yang bagus.

- belum ranum tapi dah boleh makan -

Namun, selepas ini dah xdapat nak merasa buah mata kucing dari pokok sendiri sebab pokok ini dah tumbang. Ayah aku pn terpaksa tebang sebab pokok ni dah xdapat di selamatkan lagi sebab akar yang kat dahan dah patah. Tamat la riwayat sebatang pokok mata kucing. 

- banyaknya buah -


xoxo
buntal-buntal

Sunday, 3 April 2011

BUNGA KERTAS..berwarna warni

Koleksi warna warni dan pelbagai bentuk bunga kertas. Semuanya dari koleksi sendiri. Mak aku peminat bunga kertas so bermacam jenis ar bunga kertas kat rumah aku. Bila musim berbunga, halaman rumah aku jadi cantik sebab penuh dengan warna warni bunga kertas ni. Di waktu senja lagi cantik warna bunga kertas ni berseri2. Pokok bunga kertas senang nak tanam dan penjagaan dia pun senang. Aku dan mak aku cuma perlu siram, kadang-kadang aje buh baja..

Setiap pokok ni berbeza walaupun kalernya sama..ada yang daun hijau dan ada daun yang bercorak hijau putih. Bentuk daun gak berbeza2 dan bentuk bunga pun berbeza gak..so hayati sendiri ar apa yang beza setiap pokok bunga kertas ni..

- tengok le bentuk bunga ni -


- bentuk bunga sm cam yg diatas tp ni kaler orange -


- kelopaknya kecil2 cantik sangat -


- merah betul kaler -


- light purple, daun xde ada bunga aje -


- yellow in colour -


- besar ckt dari yang lain2 -


- baru anak tapi lebat bunga -


- bentuknya tirus2 dan kecik aje bunganya -


- putih tp hujungnya ada ckt2 purple -


- bunga ni kalernye mix orange2 ckt dengan pink -


- kaler dia cam nk purple tp bukan purple -


- kaler pinky orange -


- kaler purple -


xoxo
buntal-buntal