Seperti tajuk di atas kunyit membangkitkan aroma masakan, so hari ni aku nak cita pasal kunyit. Daun kunyit selalu orang letak dalam masakan rendang ayam or daging dibuat untuk makan bersama ketupat. Bila time hari raya akak aku mesti buat masakan rendang yang letak daun kunyit ni. Yang selalu orang guna adalah serbuk kunyit, sebelum goreng ikan mesti letak kunyit n garam.
Masa bulan lepas aku dan mak aku serta abang aku mulakan operasi mengorek kunyit dan menghasilkan serbuk kunyit. Banyak gak ubi kunyit yang ktaorng dapat setelah 2tahun dia tumbuh. Menurut mak aku, kali ni kunyit ni kecil cikit dari yang dulu mak aku korek. Gambar di bawah ni dah lepas proses buang tanah, akar dan daun.
- kunyit hidup -
- kunyit kena basuh dulu dan dibuang kulit -
Selepas kunyit dibasuh, kunyit ni dicincang nipis-nipis tip masa nak cincang kena pakai sarung tangan kalu x abih kuning tangan hehehe...proses menyincang ni ambk masa cikit, banyak hari juga ar nak abih cincang. Selepas cincang, kunyit ni tadi terus kena jemur kalu di biar cam2 saje nanti kunyit ni jadi kehitaman dan bila dah jadi serbuk dia xjadi kuning berseri sangat. Jadi proses menyincang ni mesti dilakukan waktu pagi.. Kunyit ni mesti djemur sampai betul-betul kering pas2 baru la dihantar untuk mesin.
- kunyit kena dicincang pastu di jemur -
- dah cukup kering, pasni boleh di mesin -
- ini hasilnya selepas di mesin -
- begitu menyerlah warna kuningnya -
Hampir sebulan juga ar kunyit kering ni baru di mesin sebab mak aku asyik terlupa nak bagi kat akak aku. Akak aku g hantar mesin kt kedai di Jitra kena cas sekilo rm3 aje. Pas dah mesin mak aku jemur dulu baru simpan dalam bekas, agaknya nak bagi serbuk kunyit 2 betul-betul kering sebelum di simpan. Simple je nak hasilkan serbuk kunyit dan menjimatkan coz cos untuk buat kunyit ini hanya rm3 aje..dan dijamin halal..
xoxo
buntal-buntal
No comments:
Post a Comment