Tuesday, 31 May 2011

BUAH KERIANG DOT..ala-ala anggur je

Dah lama benar aku xtengok buah keriang ini setelah pokok kat rumah aku ditebang, rasanya dah makan tahun dah. Minggu lepas aku g rumah tok aku, pokok keriang atau orang kedah panggil geyang dot dah masak..nape ada dot,aku pun kurang pasti..

- ini la buah keriang dot -

Kalau di usha betul-betul memang macam aggur tapi bukan anggur. Bentuk dan kaler je sama tapi rasa sangat berbeza. Rasa dia manis-manis kelat tapi 2 pun kalau yang betul-betul masak..Masak dia kaler ungu kehitaman tapi kalau nak yang manis kena kaler dia betul-betul hitam dan buah dia lembut bila pegang..Buah ini boleh dimakan macam 2 saje atau pun cicah dengan garam. Ayah aku slalu makan cicah dengan garam. Reason dia aku pun xtahu maybe lagi sedap kot..

Buah keriang ni ada dua jenis satu bujur besar dan satu bulat kecik. Yang bujur besar 2 ar orang panggil keriang dot dan bulat kecik orang panggil keriang tahi kambing (ini orang kampung aku la yang panggil)..Cara nak ambil buah ni sama ada panjat pokok atau pun goyang @ hinggut bagi luruh...Selalu orang hinggut le sebab pokok dia besar dan tinggi..

- hehehe banyaknya buah keriang dot -


- keriang dot atau geyang dot (loghat kedah) -

Makin lama makin xde dah pokok ini dan orang pun dah makin xkenal pokok ini..agaknya cucu cicit akan datang terus xtahu buah keriang dan xdapat nak tengok dah pokok ni...sedih betul..

xoxo
buntal-buntal

Monday, 30 May 2011

LUKISAN PEMANDANGAN...lukisan lama tokwan

Lukisan ni dihasilkan oleh seseorang yang bernama Zainol pada tahun 1981, menurut tokwa aku, dia yang minta Zainol 2 lukisankan satu lukisan suasana rumah pada masa zaman tu..Harga lukisan ini dalam belas-belas ringgit aje..Walaupun lukisan ini dah berusia tapi kaler dia masih cantik.

Aku rasa lukisan ini guna cat minyak sebab aku boleh rasa cat 2. Aku ingat lukisan ni dilukis atas kanvas tapi atas papan rupanya..Aku sangat tapik kat pelukis ni sebab dia pandai bermain dengan warna. kalau aku yang lukis gerenti berpuluh-puluh papan aku guna utk hasilkan lukisan cmni...

- lukisan pusaka tokwan aku -

Sebab aku terlalu suka lukisan ini, aku minta tokwan aku wariskan lukisan pusaka ni kt aku hahaha.. bertuah betul cucu dia ni..hahaha barang lama camni mana boleh dapat sekarang..barang lama tinggi nilai seni dia..

xoxo
buntal-buntal

Thursday, 26 May 2011

BUNGA KEMUNING CINA..banyak khasiat rupanya

Kemuning cina, bunga yang aku suka tanam sebab mudah hidup, tabur je biji benih dia atas tanah besok-besoknya nti tumbuh la. kadang-kadang aku xpyah susah-susah nak tabur, biar je biji benih 2 jatuh sendiri pun boleh tumbuh gak. Ini pun bukan aku yang tanam tapi dia tumbuh sendiri, yang aku tanam dulu ni dah mati..

Bunga kemuning cina ada kaler ungu dan putih tapi kalau spesies yang lain ada kaler merah, pink or pink purple. Bunga dia ada lima kelopak je xpnah lagi aku tengok yang ada enam kelopak dan ada getah putih kalau kita petik daun dia. Biji bunga ni ada dalam kelonsong yang panjang, setiap kelonsong 2 ada banyak biji benih. Bila dah tua, kelongsong ini akan pecah untuk keluar kan biji benih bunga ini..


- kemuning cina kaler ungu -

Sebelum ini aku xtahu langsung yang pokok bunga ini banyak khasiat sampai la masa aku tengah buat final projek, member aku wat projek tissue culture pokok kemuning cina ini ar sebab pokok ni banyak nilai perubatan..Antaranya adalah anti-kanser dan boleh merawat penyakit leukaemia serta kencing manis dan lain-lain lagi. Tapi ada orang cakap pokok ni dikelaskan pokok beracun juga so hanya boleh diambil pada dos-dos tertentu sahaja untuk dijadikan ubat..Harap-harap lepas ni banyak ar orang kajian pasal pokok kemuning cina ini..


- kemuning cina kaler putih -

xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 25 May 2011

POKOK CEMPEDAK..di tepi sungai dah berbuah

Pokok cempedak aku di tepi sungai dah berbuah, wah banyak giler..Ada dua pokok aje tapi buahnya sangat banyak. Mungkin ini rezeki family aku ar sebab ada sepokok lagi yang tanam tepi telaga xpenah berbuah, agaknya pokok jantan kot hehehe..

Bila dah berbuah, apa lagi ayah aku pun sibuk ar buat "sarung"..aku pun xtau nak panggil ape..sarung ni di buat dari daun nyior yang dianyam jadi macam bakul. Sarung ni dipakai kat buah cempedak sampai buah cempedak masak. Ini sebab xbagi serangga sengat. Nak tau masak, g la bau kat buah cempedak 2, kalau wangi semacam je kira masak le hehehe ni tip dari aku yang xberapa tahu la..tapi ada lagi tip nak tahu buah ni dah masak...

- ini buah cempedak yang sesuai di letak sarung -

Kalau berdasarkan gambar di atas ini, buah ini sesuai di letak sarung kerana buah ini akan membesar manakala buah kecil yang di hujung gambar ni xsesuai sebab dia akan luruh dan xakan membesar dan xkan ada isi...

- pokok kecik aje tapi buah banyak sangat -


- ini pulak pokok besar tapi buah xbanyak sangat -

Mari kita sama-sama tunggu buah cempedak ini masak, kang bila dah masak aku upload gambar isi buah dia tapi lambat lagi la sebab buah ni kecik lagi..


xoxo
buntal-buntal

Monday, 23 May 2011

EMAS KERAJANG...bebas cukai di padang besar

Jumaat yang lepas aku teman member g komplek bebas cukai kat padang besar namanya EMAS KERAJANG. Ini firstime aku jejak kaki ke citu, untuk pergi ke citu kena lalu imigresen, just lalu je xde kena check pape pun. Komplek ini sama saja macam komplek bebas cukai yang lain ada pinggan mangkuk, baju, beg, jam, perfume, arak, coklat dan macam2 lagi. Tujuan utama aku g sana sebab member aku nak borong coklat wat hadiah untuk teman dia di kl..aku pulak sekadar cuci mata aje..

- dah sampai ke duty free padang besar -


- pintu masuk emas kerajang -

Coklat kat cini harga dia boleh tahan jugak le, nak kate mahal 2 x le mahal sangat tapi lagi murah coklat kat langkawi. Koleksi coklat dia pun xberapa banyak sangat sebab under construction lagi..Aku yang xbeli pun jadi rambang mata tengok coklat yang banyak..Kebetulan masa aku g ada sale tapi sesetengah barang je yang ada sale..Penat gak ronda-ronda, tapi aku xbeli pape pun hahahaha...Masa nak balik, kena buka bonet kereta untuk check kot2 ada seludup barang-barang yang haram..heheheh bye bye thailand...


- smarties ada gift pooh and macam2 lagi -


- chupa chups lolipop-


- banyak giler mentos -


- my superfavourite ni tobleron -


- deretan mentos -


- berhenti untuk check kot2 ada barang haram -


xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 11 May 2011

KUNYIT...membangkitkan aroma masakan

Seperti tajuk di atas kunyit membangkitkan aroma masakan, so hari ni aku nak cita pasal kunyit. Daun kunyit selalu orang letak dalam masakan rendang ayam or daging dibuat untuk makan bersama ketupat. Bila time hari raya akak aku mesti buat masakan rendang yang letak daun kunyit ni. Yang selalu orang guna adalah serbuk kunyit, sebelum goreng ikan mesti letak kunyit n garam.

Masa bulan lepas aku dan mak aku serta abang aku mulakan operasi mengorek kunyit dan menghasilkan serbuk kunyit. Banyak gak ubi kunyit yang ktaorng dapat setelah 2tahun dia tumbuh. Menurut mak aku, kali ni kunyit ni kecil cikit dari yang dulu mak aku korek. Gambar di bawah ni dah lepas proses buang tanah, akar dan daun. 

- kunyit hidup -


- kunyit kena basuh dulu dan dibuang kulit -

Selepas kunyit dibasuh, kunyit ni dicincang nipis-nipis tip masa nak cincang kena pakai sarung tangan kalu x abih kuning tangan hehehe...proses menyincang ni ambk masa cikit, banyak hari juga ar nak abih cincang. Selepas cincang, kunyit ni tadi terus kena jemur kalu di biar cam2 saje nanti kunyit ni jadi kehitaman dan bila dah jadi serbuk dia xjadi kuning berseri sangat. Jadi proses menyincang ni mesti dilakukan waktu pagi.. Kunyit ni mesti djemur sampai betul-betul kering pas2 baru la dihantar untuk mesin.

- kunyit kena dicincang pastu di jemur -


- dah cukup kering, pasni boleh di mesin -


- ini hasilnya selepas di mesin -


- begitu menyerlah warna kuningnya -

Hampir sebulan juga ar kunyit kering ni baru di mesin sebab mak aku asyik terlupa nak bagi kat akak aku. Akak aku g hantar mesin kt kedai di Jitra kena cas sekilo rm3 aje. Pas dah mesin mak aku jemur dulu baru simpan dalam bekas, agaknya nak bagi serbuk kunyit 2 betul-betul kering sebelum di simpan. Simple je nak hasilkan serbuk kunyit dan menjimatkan coz cos untuk buat kunyit ini hanya rm3 aje..dan dijamin halal..

xoxo
buntal-buntal


Monday, 9 May 2011

MANGGIS...dah berbunga and berbuah

Pokok manggis rumah aku dah berbunga dan berbuah. Walaupun tiap2 hari aku duk lalu tepi pokok manggis ni tapi aku xperasan pun dah berbunga sampai la ayah aku suruh tengok pokok kita dah berbunga..Bila di usha2, wah banyak giler bunga ada yang dah kembang ada yang kuntum lagi..Firstime aku tengok bunga manggis walaupun pokok manggis ni dah banyak kali berbuah..

Sekarang buah manggis dah makin besar, ayah aku kata maybe dalam sebulan dua lagi masak le..Xsabar ni nak tunggu buah manggis masak tapi makin hari makin kurang buah sebab asyik luruh aje..Tapi xpe, yang tinggal kat atas pokok pun belum tentu abih di makan..

Kat rumah aku ni da 2pokok manggis tapi sepokok ni je yang berbuah. Sepokok lagi merajuk kenapa tah xnak berbuah..maybe musim depan pokok 2 berbuah kot, jangan merajuk lama2 nti kena tebang hehehe..

- dah berbunga pokok manggis ni -


- zoom dekat ckt, camni ar rupa bunga manggis -


- yang 2 bunga yang belum kembang lagi -


- yei yei dah jadi buah -


- banyaknya tapi banyak gak yang dah luruh -


- buah makin membesar, bila tah nak masak -


xoxo
buntal-buntal