Wednesday, 23 March 2011

BUNGA KANTAN..harum baunya..

Mati-mati aku ingat bunga kantan ni bunga lengkuas hahaha..Rupa-rupanya tafsiran aku salah. Bunga kantan is bunga kantan ar. Bunga lengkuas is bunga lengkuas ar. Pokok bunga kantan sama macam pokok lengkuas cuma bezanya pokok bunga kantan lagi besar dari pokok lengkuas. So kepada semua, jangan tersilap macam aku ni pastikan dulu antara kantan dan lengkuas.

- kuncup bunga kantan -

Bunga kantan atau siantan selalunya digunakan dalam masakan seperti laksa, asam pedas dan nasi kerabu. Bunga kantan digunakan kerana keharuman baunya. Kita kena ambik bunga kantan yang masih kuncup bukannya yang dah kembang mekar. Selain bunga, tombak bunga kantan ni juga boleh digunakan dlm masakkan. Tombak ni menurut mak aku tunas yang baru nk tumbuh. Aku pn xpernah duk usha macam mana rupa tombak sebenarnya. Ni bahasa orang kampung di kampung aku ar, untuk kampung2 atau bandar2 yang lain aku xpasti diorng panggil apa.

- bunga kantan yang mekar -

Bunga kantan juga kadang2 diguna sebagai motif untuk batik dan selalu juga orang buat gubahan bunga sebab bunga kantan cantik dan tahan lama.

- bunga kantan slalu dijadikan motif batik -

xoxo
buntal-buntal

Monday, 21 March 2011

BUAH NIPAH..isinya sedap

Kali ni cerita aku pasal pokok nipah yang tumbuh belakang rumah aku..Selalunya pokok nipah tumbuh di kawasan paya dan kawasan yang berair seperti tepi sungai, tepi kolam dan tepi parit. Nipah boleh tumbuh atas tanah dan dalam air. Teringat masa aku kanak-kanak dulu, abang aku selalu cari ikan karin di celah2 dahan nipah. Tip untuk mencari ikan karin, kalau ada buih di celah2 dahan nipah gerenti ada ikan karin. Abang aku siap wat bisnes jual ikan karin tp 2 dulu ar sekarang dah bankrup hahaha..

Apa 2 ikan karin??? orang kampung panggil ikan karin, bahasa bandarnya ikan pelaga tp xsecantik ikan pelaga yang jual kt kedai la. Ikan karin selalu orang buat laga, nanti ikan karin ni akan kembang masa 2 ar ikan karin ni nampak cantik.Sekarang ni dah xde budak-budak yang nak cari ikan karin lagi, mungkin ramai orang xtau. 

- pokok nipah -

Berbalik kepada pokok nipah, pokok ni sama macam pokok nyior, maksud aku pokok serbaguna sbb suma bahagiannya ada kegunaan. Daunnya boleh dibuat atap rumah, dan dianyam untuk menbuat dinding rumah atau dinding khemah. 

Ayah aku lak guna daun nipah ni untuk buat balut tembakau so jadi la rokok, orang kampung panggil rokok daun. Daun nipah boleh juga untuk balut otak-otak tp kebanyakkan orang guna daun nyior (semalam aku beli otak-otak, diorang balut guna daun nipah).


- bunga nipah dan buah nipah masih kecil -

Yang paling famous pasal nipah ini adalah nira nipah. Nira nipah datangnya dari tandan buah yang dilentur2, kemudian buah nipah dicantas so keluar la air yang dinamakan nira. Tapi nak melenturkan tandan buah nipah ni ada caranya, klu tersilap jawapanya xde ar nira..Air nira jernih tapi kalau dibiar saje air nira akan jadi masam dan keruh. Masa yang sesuai nak ambil air nira ni waktu pagi atau tengah malam.

Buah nipah yang dicantas td jangan dibuang saja sbb dalam buah nipah ni ada isi yang manis. itu pun kalau yang bernasib baik la dapat isi yang masih lembut lagi..Kalau buah yang terlalu tua, isi dia akan jadi keras so xsedap ar untuk dimakan..
- buah nipah yang dah matang -


xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 16 March 2011

PELANGI...muncul selepas hujan

"Keindahan pelangi adalah keindahan wajahmu sayang yang bermain di mata hatiku ini."..lagu UNTUKMU SAYANG dari Febians. Tergiang2 di telinga aku lagu ni semasa tengok pelangi. 

Cantiknya pelangi sukar utk di gambarkan oleh kata2 puitis..Ribuan syukur dan terima kasih pada ALLAH S.W.T. sbb bagi kesempatan untuk aku melihat keindahan pelangi walaupun sekejap aje..

- muncul hanya sekejap -

Pelangi ni slalu dpt kita lihat selepas hujan sbb pelangi ni terjadi apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Ada tujuh warnanya : merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

- cantiknya pelangi -

xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 15 March 2011

PINANG RAJA..buahnya merah bila masak

Orang tua atau warga tua suka makan pinang bersama sireh dan kapur tapi muda-mudi sekarang xtahu nk makan pinang bersama sireh termasuk ar aku. Penah ar aku try makan, aduh xleh terima ar rasanya. Di kampung aku bila ada kenduri, benda wajib mesti ada ialah bekas pinang. maksudnye ada kapur, sireh, pinang yg telah dikacip, rokok daun dan juga tembakau. Sambil wat keje, pakcik2 dan makcik2 ni makan ar sireh pinang. 

- pinang raja -

Pokok pinang ni ada 2jenis, pinang besar (aku xtahu nama specific dia) yang kaler kuning bla masak dan lama2 jadi kaler kelabu ke hitam. Sejenis lagi pinang raja (blh rujuk gambar diatas bg yg xtahu pokok pinang raja). Pokoknya renek berbanding pinang besar yg tinggi lampai. sbb 2 kebanyakkan tempat orang slalu tanam pinang raja sebagai pokok hiasan.

- hijau warnanya ketika muda -

Pinang raja ni lagi kecik dari pinang besar (nama pn pinang besar) dan lagi cantik..So utk wat sireh junjung, sgt cantik klu di letakkan skali dengan pinang raja yg dh masak.

- dh masak warna jadi merah -

xoxo
buntal-buntal

Monday, 14 March 2011

MY CATS..meooww meooww

Dari kecik sampai besar, aku suka bela kucing dan sampai xkira berape ekor yg dh aku bela tp kbnyakkan nye dah mati atau ayah aku hantar g 'cuti-cuti malaysia' (dgn kata lain ayah aku g hantar diorg mrantau hehehe)..antara kucing yg masih aku igt emmm 'minah' namanye. kucing ni aku bela dari kecik sampai dia mati sbb sakit tua..sekor lg kucing yg aku syg namanya 'antenna'..gara2 ekor dia lurus dan tegak je bila dia berjalan nampak macam antena je tp dia ayah aku dh hantar 'cuti2 malaysia'..aku redha je...

Dalam byk2 kucing, hny 2ekor ni je yg ada skrg. Kaler oren 2 si ibu and adik bie yg hitam menawan. Oren 2 ibu kepada yg hitam sbb itu la namanye si ibu. Kdg2 aku pggil si kem sbb ekor dia kembang. Si ibu ni kucing abang aku sbb klu abang aku balik je terus ikut abang aku. yang paling aku dan family aku xtahan, dia suka kencing merata2. Si ibu nie nampak je baik tp pencuri yg handal. Penah ar dia g curi makanan ikan jiran sebelah rumah aku, dgn slamber je dia ambk bw blk rumah aku. Nasib mak aku nmpk pas2 mak aku g letak blk, alik2 dia g curi lagi, truk betul. Last2 kena simpan kt tempat lain la..

- si kem @ si ibu and adik bie -

Aku plg syg adik bie sbb dia plg rapat dgn aku (mcm kwn baik lak)..klu aku ada kt rumah,dia slalu ikut aku ke mana aku duduk. Sampaikan aku masuk tandas pn dia ikut gak..Kdg2 dia tggu aku dpn pintu bilik, ada time dia akan cakar2 pintu bilik aku maybe dia bengang tunggu aku xkuar2 kot hehehe..Aku panggil je terus datang tp dia seekor kucing yg sgt ganas dan garang. Tangan dan kaki aku slalu la calar gara2 kena cakar dgn dia. Kite juz main2 je dgn dia tp dia balas dgn kasar. Sbb aku terlalu manjakan adik bie, dia xreti nk cari makanan sendri dan memilih mknan, bayangkan ada tikus depan mata pn dia wat xtau je..pelik gak ar, stahu aku kucing ni pantang nampak tikus mesti nk kejar. 

- posing maut aje -

Wlaupn diorg anak dan ibu tp adik bie slalu g serang si ibu bla time makan tpaksa la si ibu yg baik hati ni bagi laluan utk anak makan dlu..bagus betul. Si ibu ni makan sgalanye tambah2 klu benda berunsurkn kerepek atau kacang mesti dia pn sibuk nk jugak.. Adik bie lak suka mkn nyior yg diparut,dgr je bunyi mesin parut nyior terus tunggu sebelah mak aku..mak aku bg yg sisa2 je ar.

xoxo
buntal-buntal

Sunday, 13 March 2011

THE EGGPLANT..cantik warnanya ungu...

Salah satu pokok yg ada kat kebun mak aku adalah pokok terung. Nama botaninya Solanum melongena dan Eggplant adalah nama inggeris. Buah terung ada pelbagai saiz : bulat, bujur, panjang dan dari kecik sampai besar. Kaler buah dia ungu, hijau dan putih tp yang byk jual kt pasar2 yg kaler ungu..Terung ni dikategorikan sebagai buah beri sebab ada byk biji yang kecil dan lembut.

- Buah Terung -

Kat kebun umah aku, mak aku tanam terung panjang dan terung bulat kecik (bkn terung pipit ek). Nama je terung panjang tp xpanjang mana pn tp kira ok ar boleh wat makan gak. Walaupn ada beberapa pokok je tp banyak gak la buah terung ni sampai blh sedekah kt jiran2 aku. Mak aku tanam bkn utk jual tp utk mgisi masa lapang sambil berbakti pd tanah. Buah terung ni xcantik mcm jual kt pasar, aku pn xtau nape dia jd xcantik. Cantik xpenting, yg penting isi dalamnya. 

- rimbunan pokok terung -

Buah terung ni sedap di masak pajeri terung. Ada sesetengah orang suka masak terung ni dengan goreng berlada, enak gak ar rasanye tp aku lg suka masak pajeri. Kadang2 ayah aku suka wat ulam dgn cara bakar tp jgn ar sampai hangus, sedang2 je bakar terung 2. Tp bagi terung bulat kecik slalunye ayah aku rebus aje utk dijadikan ulam.

- Bunganya yg kaler antara putih hingga ungu -

xoxo
buntal-buntal

Sunday, 6 March 2011

BUNGA KERTAS PUTIH itu Bersih, Cantik and Suci......

Putih kaler y sgt cantik hehehe ni suma psl POKOK BUNGA KERTAS PUTIH (nama inggeris: bougainvillea)..bunga kertas ni da bermcm2 jenis kaler slen kaler putih ni da gak y kaler kuning, ungu, oren, merah, pink n campuran berbagai kaler yang kembang n berbunga spjg tahun. dberi nama bunga kertas sbb ciri2 pd bunganye y nipis dan cam kertas. ia berbatang keras dan terdapat duri tp duri ni xla tajam cm duri bunga ros..

Bunga kertas ni di tanam dgn keratan batang y blh d tnm dlm beg plastik, pasu atau terus ats tanah. pokok bunga kertas mudah didapati dan byk ditanam di kawasan rumah, di taman2 dan juga telah mjadi tmbuhan hiasan utk landskap taman.

 
- bunga kertas putih (first bonsai besar) -

Rumah aku jugak di penuhi dgn bunga kertas tp dis time aku nk cita psl bunga kertas putih aje. Merujuk gambar diatas, itu adalah antara koleksi bunga kertas putih y besar kt umah aku..tuan dia nk wat bonsai tp xbape nk jd. Pokok ni abg aku rempat dr umah mentua abg sulung, dorg nk buang tp abg aku ni pecinta pokok so dia pn ambk utk penjagaan strusnye. hasilnye, tumbuh segar dlm pasu (2 pn sbb aku n mak aku y rajin ni kena siram)..walaupn pokok ni da tua tp still dpt mghasilkn bunga y byk lg cantik..pedoman y dpt d ambk: xsmestinya barang lama@tua itu tiada nilainye..bg org y tahu mghayatinye,dpt merasai nilai2 seni pd pokok ni tp bg aku, aku hny nampak sbatang pokok bunga kertas putih aje..

- bunga kertas putih (second bonsai besar) -

ni lagi satu koleksi bonsai bunga kertas tp belum diproses mjadi bonsai lg. pokok ni abg aku dpt thun lps, ni pn dia rempat dari kawan dia kt kangar.oleh sbb pokok ni agak besar berbanding y stu lg so abg aku tpksa order lori utk angkut blk rumah and tpaksa cari org utk angkat pokok ni gak..aku dgn abg aku tlh bgandingn bahu tanam pokok ni.,..kerana kagum dekkerajinan aku, abg aku suruh potong ranting2 y xdperlukan..alik2 aku dh tpotong bhgian y penting tp bkn salah aku tp dia y suruh so tpksa kne tongkat dgn kayu..klu x pokok 2 rebah ke bumi la hehehe..dlm ms 2jam lbh siap d tanam ngn pasu buatan sendri..

- bentuk batang (second bonsai besar) -

Mula ms dpt hny dahan n batang smata2 tp dlm msa smggu lps tanam trus tumbuh2 pucuk baru, betapa mudahnye dia hidup (sbb akar dia dah ada)..oleh sbb pokok ni tanam trus ats tanah so ia cepat mbesar dr y dlm pasu. Landskap rumah aku bertambah2 cantik bla pokok ni berbunga menambahkan kesucian hehehe..

- rimbunan bunga y mekar -

Rimbunan bunga y sangat byk sampai aku xlarat nk myapu. Bunga dia mudah gugur ke bumi dan sgt ringan, bla angin dtg je, halaman umah aku penuh la bunga2 y berguguran....

xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 1 March 2011

GREEN CEYLON SPINACH..sayur sayur..!!!

Baru2 ni aku bersemangat nk berbakti pda tanah ni sbb aku tgk tokwan aku bersemangat tanam sayur mayong..kami pgil sayur mayong tp da real name is SAYUR REMAYONG utk nama Malaysia..klu nama saintifiknya Basella alba and nama inggerisnye GREEN CEYLON SPINACH...

- sayur mayong -

Mayong ni da 2jenis (y pnah aku jmpa ar) Mayong Hijau n Mayong Merah. Daun mayong ni berbtk hati n ovate.Tokwan aku tnm y jenis mayong hijau, batang n daun dia hijau. Mayong merah ni batang dia kaler nk ungu2 kemerahan tp y plg sedap n byk permintaan mayong hijau..Mula2 tanam ckt aje coz xrmai y bli (fmily aku xpnah pn try mkn) tp lama2 mkin byk peraih dtg ambk. kiranye 2ari skali peraih dtg ambk smp tokwan aku xmenang tgn nk potong..peraih ambk RM1.50 sekilo kira mahal gak ar,diorg g jual kt pasar2..slalu diorg dtg ambk 10kg maknanye s'ari tokwan aku leh dpt RM15.00 ar..huish bes 2 sbb keja dia xsusah pn juz pg n ptg dia siram ps2 bla org nk ambk dia juz g potong je,skali skala dia buh baja nk bg sayur ni bertambah sihat dan bertenaga..

- sayur mayong -

Nk tnm dia mudah saje dgn cara keratan pucuk berdaun atau batang dan tanam di ats batas kmudian slalu2 ar siram..mayong xperlu pjagaan y rapi cukup dengan menyiram dan membaja.lgpn mayong mudah hdup berbanding sayur2 hijau y lain. Ni la antara2 kelebihan mayong y membuat aku minat bercucuk tanam. menurut petua org lama, sayur mayong ni dianggap ubat melawaskan perut.

Pucuk mayong ni leh dmkn dgn di buat salad atau digoreng, ditumis dan direbus manis. Aku belum pnah mrasai keenakan sayur ni lg tp dari sumber2 y blh dpercayai, mayong ni sdap dimakan sperti sayur2 hijau y lain.
Jika da sesiapa berminat nk merasai sayur mayong ni dtg la ke kebun tokwan aku..murah saje hny RM1.50 sekilo utk peraih2..

- sayur mayong -