Thursday, 14 July 2011

PIRING HITAM...kenangan lama

Ini semua koleksi piring hitam ayah aku..Piring hitam sangat popular pada tahun 60an, 70an dan 80an..tapi pada zaman sekarang adalah satu barangan antik sebab susah nak jumpa..Ayah salah seorang peminat tegar ar piring hitam ni..

Banyak koleksi dia tapi kebanyakkan koleksi lagu-lagu hindustan. Ini piring hitam yang saiz besar, ada jugak yang saiz kecik..

- Hussain Merican..kerana hudjan -

- Hussain Merican -

- Hussain Merican -

- J Mizan..hatiku dan hatimu -

- Dj Dave -

- Saadiah Saad & Sanisah Huri -

- D.J Dave..Rasa sayang eh -

- Nasyid..Panggilan ka'bah -

- Orkes Nur  El Surayya -

- orkes el surayya -

- Orkes El surayya -

Rasa sayang nak buang so aku dengan mak aku simpan je dulu, kot2 nti ada yang berminat nak memiliki piring hitam ni..

xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 6 July 2011

NENAS MORRIS...manis dan ranggup..

Buah nenas spesies morris semakin popular dan semakin mendapat sambutan di kawasan utara terutama di Perak, Pulau Pinang dan Kedah..Bulan lepas aku telah pergi melawat salah satu ladang nenas di Pulau Pinang..

Luas jugak le kebun nenas ni tapi diorg tanam dalam kebun kelapa sawit.Maksudnya, sementara nak tunggu pokok kelapa sawit besar, diorg tanam ar nenas sebagai tanam sampingan. Selalunya tuan tanah ni pajak le kat sesiapa yang nak tanam nenas..kiranya 2 in 1 satu kebun ada sawit dan nenas...

- ini ar ladang nenas -

Rupa-rupanya, pokok nenas kena bagi hormon baru le dapat hasilkan buah yang besar dan bermutu..Kiranya, kalau sunti hormon kena pada tempoh matang buah akan jadi gred A, kalau tidak sampai tempoh yang betul buah akan jadi kecik..Sebiji buah gredA dijual RM1.50 manakala RM0.90 untuk buah gredB..

- begini ar saiz buah nenas morris -

Besar juga saiz buah nenas morris tapi yang selalu jual kat pasar-pasar xde ar sebesar ini mungkin jenis nenas lain kot..Buah nenas sedap dimasak pajeri nenas dan bila musim raya pulak buah nenas sangat laris sebab orang nak buat tat nenas..

- masih kecil lagi buah nenas ni -

- deretan buah nenas yang menanti masa utk masak -

Menurut pekerja kebun ni, buah nenas morris sangat manis dan ranggup. Sesuai untuk buat rojak atau makan begitu saje tapi nenas morris tidak begitu sesuai untuk buat jus sebab kandungan air nya kurang dari buah nenas josapine..Namun bagi aku, semua nenas sama je rasanya tapi bagi peminat nenas mugkin mereka lebih mengetahui keenakan semua jenis nenas yang ada di bumi kita ini....


xoxo
buntal-buntal

Thursday, 23 June 2011

KUCINGKU...aksi-aksi comel..

Jom tengok aksi-aksi kucing aku ni..kadang-kadang lawak gak tengok aksi diorng yang tah ape tah je..Boleh dikatakan setiap masa kucing aku ni tdo, bla bangun tdo asyik nak makan lak..Emm dah makin montel sekarang..Adakala time pagi n petang, kucing aku duk tangkap burung yang duk cari makan atas tanah...

- main kejar-kejar atas bumbung lak -

Hobi yang paling kucing aku suka adalah panjat bumbung rumah aku, aku pun xpasti kenapa. Kalau bunyi pelik je atas bumbung rumah 2, maksudnya kucing aku tengah ronda-ronda le..Ni gambar kucing aku ats bumbung rumah..

- suka sangat panjat naik atas bumbung -


- kalut nak turun lak, sory le xnak tolong -


- si ibu yang tengah lepak -


- seronok ar 2, dapat lepak kt atas rak baru -


- inilah keje dia, asyik tdo aje -


xoxo
buntal-buntal

Thursday, 16 June 2011

CILI PADI atau CABAI...cubalah rasa pedasnye

Tanamam yang sering ditanam disekitar rumah adalah pokok cili ataupun cabai. Mudah tumbuh dan senang hendak dijaga. Semua gambar pokok cabai ni aku snap dari kebun maksu aku..Dia ambil benih ini dari saudara dia. Pokok ini jenis berbuah lebat, besar dan pokok yang kecil renek..

- masih hijau lagi cabai ni -

Pokok yang macam inilah best untuk ditanam, walaupun pokok kecil tapi berbuah lebat. Cabai ini ada pelbagai jenis, kalau yang tumbuh merata tempat 2 orang panggil cabai burung. Sebab tumbuh dari najis burung yang makan cabai 2 tapi betul atau tidak 2 aku xpasti le...

- pokok renek dan kecik tapi buah banyak -


- ini ada yang dah masak, boleh di petik -

Kadang-kadang, pokok cabai ni susah juga nak jaga sebab mudah kena serangan serangga dan kulat. Selalunya kena serangan bena putih la,yang buat pokok cabai mati..Pokok cabai kat rumah aku selalu kena serangan bena putih, mak aku sampai naik geram so terpaksalah tiap-tiap hari g buang bena yang ada kat daun..

- nampak macam sedap je bila kaler merah tapi awas pedas !! -


xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 7 June 2011

POKOK TIMUN..makin menjalar dan berbuah

Di kebun aku, pokok timun lak yang mak aku tanam, penat juga hendak tatang anak pokok timun ni sebab siput babi datang makan. Sekarang dah besar pokok timun ni dan dah berbuah..

Biji benih ni mak aku ambil je dari buah timun yang dia beli dari pasar. Tapi ni bukan timun yang biasa orang buat ulam 2 tapi timun yang selalu orang buat masak asam pedas. Ada orang panggil timun tahun atau timun kuning. Aku panggil timun masak aje.

- pokok timun yang merimbun -

Pokok timun mudah tumbuh tapi serangga selalu datang merosakkan pokok dan buah. Kadang-kadang serangga ni makan daun, gigit buah dan yang paling jahat dia makan pucuk..Mak aku sampai tensen dengan serangga yang duk merosakkan pokok dia..

- buah timun yg telah digigit serangga,jahat sungguh -

- buah yang sihat dan masih kecil lagi -

- buah timun dah warna kuning tapi belum boleh petik lagi -

Ini buah timun yang belum betul-betul masak lagi. Kalau untuk buat masak asam pedas, buah timun ini kena masak sampai warna jadi oren kekuningan dan kulit dia merekah. Nanti aku upload buah timun yang dah masak..


xoxo
buntal-buntal

Wednesday, 1 June 2011

ANAK KUCING...baru turun dari kontena

Semalam sampai je rumah terus ayah aku cakap ada anak kucing. Wah xcited giler. Menurut ayah aku, kucing ni abang aku ambil dalam kontena. What kontena??? biar betul tapi memang betul le..Kontena ini bawa mesin padi dari Belanda baru sampai semalam, so xkan kucing ini dari Belanda??? Aku pun xpasti..

Abang aku cakap bila diorang buka je pintu kontena, ada ibu kucing kuar dari kontena 2, bila di tengok-tengok ada 4ekor anak kucing..Apa lagi abang aku pun rembat la sekor. Dia tumpang sekejap anak kucing ni kat rumah aku..So dapat ar aku main-main dengan anak kucing ni walaupun sekejap...

- anak kucing ini baru sampai dengan kontena -

Kecian anak kucing ini, lapar susu tapi ibu xde. Tapi xpe, kat rumah abang aku ada ibu kucing yang baru beranak so boleh ar bagi kucing ni tumpang minum susu..Harap-harap kucing ni dapat hidup dengan sihat dan gembira...huhuhuhu

- gebu sungguh anak kucing ni -

xoxo
buntal-buntal

Tuesday, 31 May 2011

BUAH KERIANG DOT..ala-ala anggur je

Dah lama benar aku xtengok buah keriang ini setelah pokok kat rumah aku ditebang, rasanya dah makan tahun dah. Minggu lepas aku g rumah tok aku, pokok keriang atau orang kedah panggil geyang dot dah masak..nape ada dot,aku pun kurang pasti..

- ini la buah keriang dot -

Kalau di usha betul-betul memang macam aggur tapi bukan anggur. Bentuk dan kaler je sama tapi rasa sangat berbeza. Rasa dia manis-manis kelat tapi 2 pun kalau yang betul-betul masak..Masak dia kaler ungu kehitaman tapi kalau nak yang manis kena kaler dia betul-betul hitam dan buah dia lembut bila pegang..Buah ini boleh dimakan macam 2 saje atau pun cicah dengan garam. Ayah aku slalu makan cicah dengan garam. Reason dia aku pun xtahu maybe lagi sedap kot..

Buah keriang ni ada dua jenis satu bujur besar dan satu bulat kecik. Yang bujur besar 2 ar orang panggil keriang dot dan bulat kecik orang panggil keriang tahi kambing (ini orang kampung aku la yang panggil)..Cara nak ambil buah ni sama ada panjat pokok atau pun goyang @ hinggut bagi luruh...Selalu orang hinggut le sebab pokok dia besar dan tinggi..

- hehehe banyaknya buah keriang dot -


- keriang dot atau geyang dot (loghat kedah) -

Makin lama makin xde dah pokok ini dan orang pun dah makin xkenal pokok ini..agaknya cucu cicit akan datang terus xtahu buah keriang dan xdapat nak tengok dah pokok ni...sedih betul..

xoxo
buntal-buntal